Panduan Penjagaan Rambut Kekal Indah & Menawan

Tidak ramai wanita ingin berambut panjang kerana khuatir tidak mampu menjaganya sebaik mungkin. Namun, wanita yang memiliki panjang terurai akan terserlah kejelitaannya apatah lagi sekiranya rambut dijaga sebaik mungkin iaitu tidak kering, pecah, bercabang atau berkelemumur. 


Mendapatkan rambut sihat bukan hanya boleh dilakukan sekelip mata. Terdapat beberapa panduan supaya rambut kekal indah dan menawan sepanjang masa, antaranya:

  • Apabila bangun tidur, jangan terburu-buru menyikat rambut, leraikan dengan jari tangan untuk mengurai kekusutan rambut. Pilih sikat diperbuat daripada bahan asas kayu kemudian sikat dengan lembut dan rapi menggunakan tangan untuk me­ngelak hujung rambut berterbangan.
  • Wanita berambut panjang tidak cukup ha­nya menggunakan perapi sebaliknya lakukan perawatan seminggu sekali untuk memberikan kelembutan dan kilauan pada rambut.
  • Ketika menggunakan perapi atau bahan rawatan, cukup dengan hanya menyapu pada bahagian atas dan hujung rambut kerana bahagian itu paling penting.
  • Sebelum menggunakan syampu, sikat rambut terlebih dulu, begitu juga ketika rambut masih basah dan selepas memakai perapi. Ini bagi mengelak rambut menjadi kusut.
  • Terlalu kerap menggunakan pengering rambut akan menyebabkan kerosakan rambut dalam jangka panjang. Jadi gunakan pengering rambut sesekali saja dan pastikan pengering rambut tidak terlalu panas.
  • Jangan terlalu kerap menggulung rambut meng­gu­nakan alat penggulung rambut yang panas. Jika terpaksa menggunakannya, pastikan rambut dilindungi dengan produk rawatan untuk mencegah kerosakan.
  • Sekiranya suka berenang, selain menggunakan pelindung matahari untuk kulit, guna produk rawatan untuk melindu­ngi rambut daripada sinar matahari dan air berklorin di kolam renang.
  • Kekerapan memotong rambut bergantung kepada pertumbuhan rambut sese­orang. Sebaiknya, potong hujung rambut setiap 12 minggu untuk menghindari hujung rambut pecah. Sebaliknya jika rambut cepat tumbuh, potong setiap dua bulan sekali.

0 comments:

Post a Comment