Gebukan Dirimu Dengan Mandian Lulur


Semua wanita mengimpikan kulit yang halus dan mulus. Namun tidak semua memilikinya secara semula jadi. Walau bagaimanapun , usah kecewa kerana terdapat rawatan yang boleh dicuba bagi merealisasikan impian , misalnya mandi lulur .

Mandi lulur diamalkan bagi tujuan menaikkan seri , memberikan kesegaran dan mencantikan tubuh badan , selain itu ia juga melegakan tekanan dek kesibukan bekerja.

Kelebihan lain mandi lulur juga boleh membantu membersihkan habuk kotoran yang melekat pada tubuh setiap hari. Selain itu, ia juga turut mengeluarkan sel-sel kulit mati yang ada. Mandi biasa tidak mencukupi kerana badan kita tidak bersih sepenuhnya. Ditambah pula mandi lulur menggunakan herba yang akan bertindak balas dengan masalah yang terdapat di dalam tubuh.

Sebelum memulakan mandian lulur ,kita boleh melakukan sauna selama 10-15 minit , ini bagi melegakan urat-urat tegang dan membuka pori-pori. Hasil sauna akan banyak membantu mandi lulur yang akan dilakukan kemudian.

Apabila sudah bersedia , ramuan lulur boleh disapu terus ke badan, pastikan ia disapu sama rata dan tiada bahagian yang tertinggal. Biarkan ia kering dalam masa 45minit sehingga satu jam terlebih dahulu, jangan meneruskan langkah seterusnya tanpa benar-benar pasti ia sudah kering sepenuhnya.

Langkah seterusnya ialah menyental kulit badan dengan ramuan lulur yang sudah kering, jika skrub dilakukan ketika masih lembap ia akan menyebabkan rasa sakit dan kurang selesa. Proses ini dilakukan bagi mencerah dan menyegarkan sekali gus mengembalikan gebu kulit.


Sumber: http://lillyemeyshyarose.blogspot.com/2011/03/gebukan-kulitmu-dengan-mandian-lulur.html

0 comments:

Post a Comment