Kebaikan Sauna

0 comments




KHASIAT DAN KELEBIHAN SAUNA


* Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin. 

* Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar. 

* Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury.

* Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang . 

* Meningkatkan sistem kardiovascular .

* Menghilangkan tekanan dan merehatkan otot. 

* Melancarkan peredaran darah 

* Meningkatkan sistem immunisasi badan 

* Meningkatkan tahap metabolisma 


TIPS :- 

Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap kali. Tiga kali seminggu sememangnya sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian. Minum air secukupnya sebelum dan selepas bersauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan. Penggunaan ketika kekenyangan adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman. 

Untuk Mengurangkan Berat Badan:

Lakukan mandian sauna 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10 ke 20 minit lagi . Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya.


KESAN SAUNA

Kesan panas dari wap memberi kesan positif kepada system “kadiovaskular”. Semasa bersauna, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyutan seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Ini akan meningkatkan perjalanan darah (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air menyebankan slauran darah yang halus di bawah kulit mengembang untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan. Prosess ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.

Wap memanaskan seluruh anggota, menjadikan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menjadikan darah lebih mudah mengalir. Kesan panas juga melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Wap membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.

Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke sistem perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).  

Khasiat – kasiat lain adalah:

1) Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan sistem imunisasi badan .

2) Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak.

3) Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.

4) Menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.



SAUNA - Cara Mudah SEGARKAN BADAN 

Menjaga kesegaran tubuh badan merupakan satu rangkaian yang terdiri daripada beberapa proses. la juga memerlukan satu sinergi untuk memberi hasil yang maksimum terhadap tubuh badan anda. Salah satu cara untuk memperoleh tubuh badan yang segar adalah mandi sauna. 

Biasanya, mandi sauna dilakukan setelah melakukan sukan olahraga bagi mendapatkan kembali kesegaran tubuh badan. Namun, ramai yang tidak menyedari mandi sauna ini memberi impak yang baik terhadap tubuh badan. Sesetengah orang pula menganggap mandi sauna ini remeh dan hanya merupakan satu pelengkap ritual sahaja. 

Jika diteliti dengan lebih mendalam, mandi sauna memberi banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh. Malah, ia sudah lama dipraktikkan dan amat terkenal di kebudayaan Rom, Mediterranean, Rusia dan India. 

Asalnya, sauna digunakan untuk membantu mengeluarkan racun dan toksin dari dalam tubuh. Hal ini pula kemudian menyebabkan mandi sauna ini terkenal di seluruh pelosok negara. Hingga kini, manfaat kesihatan dari sauna tetap menjadi satu sebab bagi setiap orang untuk melakukannya. 

Kelebihan sauna ini menjadikan ia sebagai satu perkara wajib setelah berolahraga. Ini kerana, mandi sauna ini dapat membantu mengendurkan kembali otot tubuh yang kejang ketika berolahraga atau setelah bekerja dalam situasi ketegangan yang tinggi. 

Otot yang terasa mengejang setelah bekerja disebabkan racun yang berkumpul di jaringan otot anda. Dengan melakukan sauna, ia dapat melancarkan kembali peredaran darah dan memperbaiki jaringan otot sehingga kembali relak. 

Peluh yang dihasilkan ketika mandi sauna ini memberi kebaikan tersendiri. Peluh tersebut merupakan hasil dari pembakaran tubuh akibat peningkatan metabolisme. Hasil dari penelitian, sauna dikatakan membantu membakar sehingga 400 kalori dalam masa setengah jam. 

Ini kerana, wap panas yang dihasilkan ini membuka pori-pori kulit dan membantu mengeluarkan toksin dari dalam tubuh. Hasilnya, kulit akan terasa lebih bersih dan tegang di samping berasa lebih segar dan sihat. Tidak hairanlah sauna banyak digunakan dalam proses melangsingkan badan. 


TIP: 

Sebelum melakukan sauna: 

Biasakan minum air mineral sebelum dan sesudah melakukan sauna. Bagi ibu-ibu hamil, atau mereka yang mengalami masalah saluran pernafasan, elakkan dari melakukan sauna.

Makanan Untuk Kulit Cantik

0 comments

Pernah dengar ungkapan you are what you eat? Kami sangat bersetuju dengan ungkapan itu, terutamanya jika dikaitkan dengan kecantikan kulit. Janganlah salahkan masalah kulit yang dihadapi sekiranya anda tidak menjaga makan. Berikut merupakan makanan yang patut anda amalkan mengikut jenis kulit dan rutin penjagaan kulit anda.



Pelindung Sinar UV
Bayam mengandungi 3 kali ganda lebih vitamin C, vitamin E dan beta karotin yang membantu melindungi kulit anda daripada sinaran UV sekali gus membuatkan kesihatan kulit berada di tahap optimum.

Anti-Penuaan
Pecans atau kacang kemiri kaya dengan vitamin E yang penting untuk membentuk lapisan pelindung di dalam sel membran kulit untuk mengekalkan keanjalan kulit dan melambatkan proses penuaan kulit. Untuk mengelakkan kulit daripada mengendur, pakar mencadangkan anda mengambil makanan yang kaya dengan agen antioksidan seperti beri biru, acai berry, raspberi serta herba seperti daun kari, oregano dan halia.



Kulit Berjerawat
Timun bukan sahaja bagus untuk menyegarkan kulit wajah, tetapi jika jusnya diminum, ia dipercayai mampu mengurangkan jerawat dan merawatnya dari dalam. Menurut pakar nutrisi, Elissa Brenner, mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat biasanya kekurangan zink yang boleh mengawal minyak dari dalam kulit. Tiram, biji labu, halia, oat dan telur sangat bagus untuk mengatasi masalah ini. Vitamin A yang terkandung di dalam sayur hijau, bayam, lobak, kentang dan ayam Belanda juga bagus untuk merawat jerawat. Cuba elakkan memakan makanan yang pedas, kurangkan gula dan hasil tenusu di dalam diet anda.

Kulit Kering
Untuk mereka yang mempunyai kulit yang kering, pengambilan telur yang kaya dengan omega-3, safflowerdan minyak walnat penting untuk mengatasi masalah ini. Kandungan asid linoleik di dalamnya merupakan asid lemak yang harus ada di dalam diet harian anda.

Makanan Terpenting Untuk Kulit Cantik
Tidak kira apa jenis kulit anda, pengambilan Omega-3 sangat penting untuk mendapatkan kulit yang cantik. Walaupun ia tidak diklasifikasikan sebagai agen antioksidan, Omega-3 membantu mengoptimumkan fungsi  sel membran kulit supaya ia terus mampu menyahtoksikkan kulit. Lemak sihat yang terkandung di dalamnya mampu mengurangkan radang kulit sekali gus mengurangkan jerawat. Omega-3 juga membantu melindungi kulit daripada sinaran UV. Kajian turut membuktikan, mereka yang mengamalkan pengambilan Omega-3 di dalam diet mereka boleh mengurangkan risiko kanser kulit sehingga 29 peratus. Sekiranya anda tidak mahu mengambil makanan tambahan, amalkan makanan seperti ikan salmon, sardin, ikan bilis, flaxseed, walnat dan kacang soya untuk dijadikan sumber Omega-3 di dalam diet anda.

Sumber: http://www.eh.com.my/fokus/makan-untuk-kulit-cantik

Cara Orang Korea & Jepun Menjaga Kulit

0 comments

Orang Korea terkenal dengan pembedahan plastik manakala orang Jepun terkenal dengan ciptaan teknologi terkini di dalam bidang kecantikan. Pada anda mungkin itu antara faktor utama mengapa mereka memiliki kulit yang cantik. Nampaknya anda silap. Mereka sememangnya ada rutin dan cara mereka yang tersendiri. Jom kita bongkar rahsia kecantikan kulit mereka.




1. Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.
2. Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.
3. Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Jepun dan Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcoholrubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.
4. Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.
5. Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.
6. Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.
7. Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Jepun dan Korea ini. Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturing mask).

Sumber: http://www.eh.com.my/fokus/kecantikan/cara-orang-korea-dan-jepun-menjaga-kulit

Panduan Penjagaan Rambut Kekal Indah & Menawan

0 comments

Tidak ramai wanita ingin berambut panjang kerana khuatir tidak mampu menjaganya sebaik mungkin. Namun, wanita yang memiliki panjang terurai akan terserlah kejelitaannya apatah lagi sekiranya rambut dijaga sebaik mungkin iaitu tidak kering, pecah, bercabang atau berkelemumur. 


Mendapatkan rambut sihat bukan hanya boleh dilakukan sekelip mata. Terdapat beberapa panduan supaya rambut kekal indah dan menawan sepanjang masa, antaranya:

  • Apabila bangun tidur, jangan terburu-buru menyikat rambut, leraikan dengan jari tangan untuk mengurai kekusutan rambut. Pilih sikat diperbuat daripada bahan asas kayu kemudian sikat dengan lembut dan rapi menggunakan tangan untuk me­ngelak hujung rambut berterbangan.
  • Wanita berambut panjang tidak cukup ha­nya menggunakan perapi sebaliknya lakukan perawatan seminggu sekali untuk memberikan kelembutan dan kilauan pada rambut.
  • Ketika menggunakan perapi atau bahan rawatan, cukup dengan hanya menyapu pada bahagian atas dan hujung rambut kerana bahagian itu paling penting.
  • Sebelum menggunakan syampu, sikat rambut terlebih dulu, begitu juga ketika rambut masih basah dan selepas memakai perapi. Ini bagi mengelak rambut menjadi kusut.
  • Terlalu kerap menggunakan pengering rambut akan menyebabkan kerosakan rambut dalam jangka panjang. Jadi gunakan pengering rambut sesekali saja dan pastikan pengering rambut tidak terlalu panas.
  • Jangan terlalu kerap menggulung rambut meng­gu­nakan alat penggulung rambut yang panas. Jika terpaksa menggunakannya, pastikan rambut dilindungi dengan produk rawatan untuk mencegah kerosakan.
  • Sekiranya suka berenang, selain menggunakan pelindung matahari untuk kulit, guna produk rawatan untuk melindu­ngi rambut daripada sinar matahari dan air berklorin di kolam renang.
  • Kekerapan memotong rambut bergantung kepada pertumbuhan rambut sese­orang. Sebaiknya, potong hujung rambut setiap 12 minggu untuk menghindari hujung rambut pecah. Sebaliknya jika rambut cepat tumbuh, potong setiap dua bulan sekali.

Gebukan Dirimu Dengan Mandian Lulur

0 comments


Semua wanita mengimpikan kulit yang halus dan mulus. Namun tidak semua memilikinya secara semula jadi. Walau bagaimanapun , usah kecewa kerana terdapat rawatan yang boleh dicuba bagi merealisasikan impian , misalnya mandi lulur .

Mandi lulur diamalkan bagi tujuan menaikkan seri , memberikan kesegaran dan mencantikan tubuh badan , selain itu ia juga melegakan tekanan dek kesibukan bekerja.

Kelebihan lain mandi lulur juga boleh membantu membersihkan habuk kotoran yang melekat pada tubuh setiap hari. Selain itu, ia juga turut mengeluarkan sel-sel kulit mati yang ada. Mandi biasa tidak mencukupi kerana badan kita tidak bersih sepenuhnya. Ditambah pula mandi lulur menggunakan herba yang akan bertindak balas dengan masalah yang terdapat di dalam tubuh.

Sebelum memulakan mandian lulur ,kita boleh melakukan sauna selama 10-15 minit , ini bagi melegakan urat-urat tegang dan membuka pori-pori. Hasil sauna akan banyak membantu mandi lulur yang akan dilakukan kemudian.

Apabila sudah bersedia , ramuan lulur boleh disapu terus ke badan, pastikan ia disapu sama rata dan tiada bahagian yang tertinggal. Biarkan ia kering dalam masa 45minit sehingga satu jam terlebih dahulu, jangan meneruskan langkah seterusnya tanpa benar-benar pasti ia sudah kering sepenuhnya.

Langkah seterusnya ialah menyental kulit badan dengan ramuan lulur yang sudah kering, jika skrub dilakukan ketika masih lembap ia akan menyebabkan rasa sakit dan kurang selesa. Proses ini dilakukan bagi mencerah dan menyegarkan sekali gus mengembalikan gebu kulit.


Sumber: http://lillyemeyshyarose.blogspot.com/2011/03/gebukan-kulitmu-dengan-mandian-lulur.html